Thursday, October 8, 2009

Che Det on Hukum Allah - comment 1

By al-Din on October 6, 2009 12:55 AM

Dalam keadaan dunia Islam sekarang bertambah pincang dengan perbalahan atau huruhara dalam negara (Somalia,Palestine, Pakistan, Tunisia, Iraq ...)/antara negara (Indonesia-Malaysia?...).

Selain daripada itu, negara Islam dilaga-lagakan serta diburu oleh kuasa-kuasa kafirin menyebabkan kaum Muslimin tidak ada ketenangan untuk menjalankan hidupan harian apatah lagi mentelaah agama. Bilangan para ilmuan agama akan berkurangan.

Dalam suasana hidup serba kepapaan ekonomi, ketandusan ilmu dll. timbul kepalsuan dan penyalahan guna kuasa. Rakyat jelata mencakar-cakar untuk hidup hingga sanggup menggadai agama, dan apa-apa saja untuk sedikit keselesaan.

Pihak kafirin akan sengaja mengapi-apikan perbezaan antara Muslimin - Sunni-Shiah, Sunni-Ismaili, Sunni-Wahabi... Ada kalangan pemimpin negara terpaksa pula ikut telunjuk kuasa luar kerana terhutang budi, mahukan bantuan dll.

Tiada pihak lain yang dipersalahkan melainkan kaum Muslimin sendiri. Tidak bersatu, kedekut membantu antara satu sama lain atas rezeki Allah turunkan, pembaziran, salah pilih pucuk pimpinan, rasuah .... Allah turunkan bahana.

Tiap kebaikan Allah akan melipat gandakan balasannya. Berapa banyak Malaysia sedekah minyak kelapa sawit (banyak mengandungi vitamin E) kapada negara Afrika yang kebuluran?

Mengapa acap kali malapetaka menimpa di dalam atau luar negara kita tunggu kutip derma? Mengapa tidak serta-merta hulurkan sedikit daripada "Gunung Zakat" yang sepatutnya sudah menggunung tinggi dikutip sejak 600 tahun dahulu?

Sekiranya sistem pengagihan zakat-fitrah kapada khalayak yang perlu cekap, tidak ada fakir miskin di Malaysia ini!

Wallahua'alam

No comments:

Post a Comment