By al-Din on August 31, 2010 12:12 AM
Islam, kuda tunggangan.
Berkaitan dengan posting Tun sebelumnya ia-itu:
"10. Sama juga dengan parti politik yang meraih sokongan menggunakan agama Islam. Di Malaysia, orang Melayu kesemuanya beragama Islam. Terdapat juga sebilangan besar kaum India Muslim di Malaysia tetapi mereka ini tidak berperanan dalam parti politik yang dikatakan parti Islam ini. Dengan mengguna Islam, parti ini sedar yang ianya hanya untuk menarik secara eksklusif sokongan orang Melayu. Niat mereka hanya untuk meraih sokongan orang Melayu dan bukan untuk mempertahan kedudukan orang Melayu. Mereka ini boleh dikatakan bukan bersifat perkauman pro-Melayu. Tetapi mereka mengambil kesempatan politik ke atas orang Melayu."
Ada pemimpin politik bukan hanya sanggup menggunakan nama Islam tetapi menghina Islam. Katanya dia berlaku sebegitu kerana Allah pun ada mencarut, gangster dsb. Penyokong2nya berdiam diri seolah bersetuju kenyataan dibuat adalah mainan untuk melawan parti politik musuh. Bila bekerjasama dengan DAP dan PKR idealisma Islam terbenam. Tidak dengar langsung berkenaan hudud. Masih lagi penyokong2 berdiam diri.
Bayangan apa akan terjadi apabila bukan Islam memerintah sudah berlaku di P. Pinang dan Selangor. Mereka masuk masjid. Mereka menggunakan Islam atau simbol Islam sebagai kuda tunggangan untuk meraih sokongan dan undi PRU13.
Pernah maharaja Mongol, Genghis Khan (~1170-1227) selepas membakar Bukhara, Samarkand memberi ucapan 'Punishment of God' dimimbar masjid, walaupun ia bukan Islam:
"O people, know that you have committed great sins and that the great ones among you have committed these sins! If you ask me what proof I have for these words, I say it is because I am the punishment of God. If you have not committed great sins, God would not have sent a punishment like me upon you."
Dengan kehendak Allah, keturunan beliau yang memerintah Moghul Empire, India menganuti Islam.
Politikus kafir yang memberi ucapan dikawasan masjid tentulah berkenaan politik bukan hal agama. Ada yang menyangka yang mereka mula berjinak dengan Islam. Sebenarnya mereka adalah opportunist menggunakan Islam atau simbol Islam sebagai kuda tunggangan. Penyokong2 muslimin masih berdiam diri kerana hal itu disifatkan sebagai sandiwara politik.
Tuesday, August 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment