Sustainable Living Institute (SAVE) (22:34:54)
Saya berasa dalam mimpi bagaimana kerajaan membuat keputusan dan pengumumam satu lepas satu tanpa fikiran yang mendalam atas kesannya kapada rakyat biasa atau yang bukan elit. Saya masih bingong dan susah nak percaya betapa pihak pemerintah boleh membuat keputusan melulu dan kebodohan. Bodohkah mereka. Contohnya:
Bangunan parlimen sudah 40 tahun, dah udzur. Tahukah beliau bangunan parlimen England 900 tahun. Kalau yang berkata itu sudah berumur 65 tahun itu sudah terlalu tua dan patut dikondemkan.
Duit 1 sen tidak berguna, round-upkan. Dia dah kaya lupa daratan bolehlah kata begitu. Apakah hak beliau keatas duit rakyat walaupun 1 sen untuk tidak diniagakan? Orang begini tidak perihatin dan usahlah pegang jawatan Menteri Luar Bandar.
Boleh buat kerja pejabat dirumah. Kalau begitu semua orang nak kemudahan serupa itu supaya adil. Senang jaga rumah dan anak2. Apakah dia mengikut peraturan GO atau telah direstui PSD?
8A SPM semua dapat biasiswa. Sedarkah pencapain A melambak bukan seperti dulu. Nyata menteri ketinggalan zaman. Hendak diberi biasiswa perlu berdasarkan keperluan tenaga, kepakaran negara, bumiputra, keewangan dll faktor. Pegawai PSD menjadi bingong kerana disalahkan bila biasiswa tidak dikabulkan. Mereka tanggung bahana.
Ini tidak termasuk GST, Scorpene, Altantuya, Permata dan ETP yang bersifat elitis. Banyak lagilah buah mulut untuk PRU13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment