Sustainable Living Institute (SAVE), July 10, 2011 1:45 AM
Kalau Bersih 2.0 gagal perlunya Bersih 3.0? Lebih banyak practice-run lebih baik kita menghadapi cabaran. Kali ini usah diulangi kesilapan seperti:
1. Agong hanya tahu PM jalankan pemerintahan negara dengan cekap dan berani. Beliau tidak perlu layani memo. Implikasinya, kalau Agong terpaksa juga memberi arahan bermakna PM tidak pandai buat kerja, kena digantikan.
2. Ex-PM sepatutnya terus tidur kerana beri nasihat pun salah. Dia masih tidak faham kedudukan Agong dan tanggugjawabnya. Sebab itu ia kena lepas jawatan.
3. PM perlu buat keputusan sendiri. Ini hinggakan Agong terpaksa beri keputusan ia cuba tutup malu dengan membenarkan demo diadakan (dalam stadium). Dia tidak faham maksud Agong padahal orang biasa pun tahu. Lepas itu ia kata tak boleh demo.
4. Selepas flip-flop PM kata bapanya penyabar. Rakyat tahu itu bapanya. Kan dah besar tua, masih manja!
5. Tidak sepakat dalam memberi keputusan. PM kata boleh, Menteri itu kata ia pertubuhan haram, Menteri ini kata tidak diluluskan mengguna stadium, polis pun kata begitu. Bermakna maklumat lengkap tidak telus kapada semua pihak dan perbincangan mendalam tidak ada. Adakah PM memandai sahaja dan autocratic?
6. Ramai pihak lepas cakap yang kalanya memanaskan lagi keadaan seperti hendak huru-hara maupun berperang. Cabar mencabar, tentera dah ready, para pesilat dah berselindang, patriot nak berbaju merah ...
7. Melayu lupa bahawa yang hendak bergaduh sesama sendiri, bangsa lain tepuk tangan.
8. Memandangkan pendekatan yang bercelaru mengadapi demo terbaru ini, elok agaknya ada raptai Bersih 3.0 supaya jentera dan persiapan menghadapai apa2 rusuhan lebih kemas. Practice makes perfect.
9. Syabas polis dan FRU kerana dapat menghindari sebarang kecelakaan. Kalau ada yang kena belasah tu biasalah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment