Masa berlalu tanpa disedari. September 2006, selepas melawat FELDA Sahabat, Lahad Datu ku sempat ke Semporna, timur Sabah.
Pekan Semporna dipersisiran laut.
Di perhentian bas ku berbual dengan troubodour Bajau. "Abang, nama saya Merdeka. Kalau tak percaya tengok IC." katanya. Ku terhibur dengan Merdeka - petikan gitarnya sambil menyanyi. Antara kenangan manis di Semporna.
Orang Bajau dan laut tidak berpisah. Laut merupakan tempat pencarian hidup - ikan, mutiara, agar laut. Dulunya mereka meredah laut dari pulau ke pulau melanun bila ada peluang. Budaya mereka masih selesa di gigi laut. Rumah mereka menampakan tahap kemiskinan. Najib saban hari berlagu high income economy akan tercapai! Dia buta kehidupan 40% bilangan rakyat.
No comments:
Post a Comment